CINTA YANG DI CARI PASTI AKAN PERGI...KEH..KEH...KEH...


Monday, September 6, 2010

Novel Gua....hahaha (Kasim Keting).....

Kasim Keting

By: Usai Tribe

Pagi itu, Kasim terasa seperti malas mahu melangkah ke kebun yang jauhnya hanyalah selangkah kera kalaupun tidak sekangkang kera. Terasa seolah-olah kepalanya dipaku ke bantal. Nak dikatakan bantalnya berbau wangi, tak juga. Bau bantalnya kalau dicampakkan ke kandang kambing pun boleh menyebabkan kambing menyumpah seranah. Hapak benar baunya.Entah mengapa kemalasan itu semakin menjadi-jadi. Seolah-olah ianya hobi Kasim pula. Bebelan dari emak Kasim semakin hari, semakin keras bunyinya. Jikalaulah bebelan emaknya itu boleh diukur dari kepanjangan bibir, mau rasanya bibir si tua itu sudah mencecah lantai pada hari ini, takpun dah bertukar menjadi bibir Ning Baizura tebalnya. Tetapi rahmat Illahi melebihi segala-galanya. Kerana itu bibir emak kasim masih kekal cantik seperti sedia kala. Cantik bak delima merekah kata orang-orang tua. Yang menjadi kepelikan kepada Kasim, busy-busy membebel pun nasi masih lagi bertanak, dan rumah berkemas juga. “Pandai juga emak aku ni bahagi-bahagikan masa ya”, getus Kasim didalam hati. “Kalaulah dulu emak aku nie belajar tinggi-tinggi agaknya dah jadi projek manager, tak pun jadi PR artis sekarang ni. Tapi apakan daya kehenseman ayah aku menyebabkan emak aku terpaksa berkahwin muda”, ulas Kasim yang seolah-olah mengerti perasaan ibunya terpaksa menjadi suri rumah sepenuh masa.


Kejadian seminggu yang lepas juga membantutkan terus hasratnya untuk keluar melepak di pekan sehari. Masih tergiang-giang suara sahabatnya Man Bedal melaung-laung memanggil namanya di tengah-tengah pekan sehari itu. Mau rasanya dia meninju muka sahabatnya itu. Tetapi kerana mengenangkan jasa ayah Man lah yang menyebabkan dia masih hidup lagi pada hari ini, maka Kasim hanya mampu memandang Man Bedal dengan muka yang merah padam sambil menyembunyikan genggaman tangan yang erat tersisip di belakang. Memanggil nama seseorang tidak salah bagi Kasim, tetapi jika memangil nama seseorang disertakan sekali nama gelaran ditengah-tengah orang ramai itu yang salah bagi Kasim. Kurang ajar namanya. Tambahan pula si Mila yang lebih terkenal dengan gelaran Siti Nurhaliza di kampungnya itu hanyalah beberapa ela saja di depan Kasim. Bukannya si Man tidak tahu yang Kasim dari dahulu lagi meminati si Mila itu. “Itu semua saja je nak menjatuhkan air muka aku didepan Mila, kerana dari segi kehenseman dan kemachoan, Man tidak setanding aku untuk merebut si Mila”, fikir si Kasim sambil menyumpah Man Bedal dengan nama-nama syaitan yang tak pernah disebut ustaz. “Kasim Keting”. Ya, itulah nama yang digunakkan oleh Man Bedal untuk memanggil namanya tempoh hari. Masakan Kasim tak panas hati mendengarnya. Lantas Kasim mengimbau kembali kisah lama bagaimana dia mendapat gelaran itu. Gelaran yang cuba dilupakan Kasim.


Kasim masih mengingati setiap detik peristiwa pada hari itu. Bagaimana segaknya dia time melangkah menaiki bas untuk pulang ke rumahnya. Dengan mengenakan seluar jeans berkaki besar atau seluar beggie, khabo orang bandar. Baju kemejanya yang kemas bergosok disisip erat kedalam seluar jeansnya itu. Lagaknya Persis Rajnikhan didalam filem Sivaji The Boss yang hendak menyelamatkan Hema Malini saje. Terasa seperti dialah makhluk yang paling hensem sekali pada hari itu. Selepas membayar tiket, Kasim melangkah ke bahagian belakang bas. Kasim sengaja tidak memilih seat di bahagian depan kerana seat-seat tersebut biasanya di kongker oleh makcik-makcik oldtimer yang menjadi peraih di pekan sehari. Mana boleh manusia sehensem aku bergaul dengan makcik-makcik itu. Low class kata Kasim sambil matanya melilau mencari seat kosong di bahagian belakang. Lagipun sudah menjadi trend bagi pemuda-pemuda kampungnya untuk memilih seat-seat di bahagian belakang walaupun seat didepan masih kosong. Senang nak mengusyar aweks kalau tak pun untuk menghisap rokok sambil menyorok-nyorok dari driver bas. Itu untuk pemuda-pemuda yang macho macam Kasim sahaja. Kalau yang lagi otai, mereka biasanya hanya menyeringai didepan pintu bas sahaja. Bergayut di pintu bas, sambil menyanyi-nyanyi atau bersiul nakal kearah aweks yang sedang menunggu bas. Keberanian Kasim tidak menjangkau peringkat itu lagi. Kerana itu dia memilih untuk duduk di seat belakang.

Kalaulah Kasim dapat menghidu akan kecelakaan yang akan menimpanya pada hari tersebut,pasti Kasim tidak akan memilih seat di belakang. Kalaulah Kasim tahu perkara ini akan terjadi, mahu rasanya die menuntut ilmu firasat makrifat untuk menilik perkara2 yang bakal terjadi agar die mampu mengelak kejadian2 seperti ini.Sudah semestinya juga Kasim akan melekat betul-betul dibelakang driver bas tersebut. Malah untuk duduk di riba pun Kasim sanggup jika itu semua mampu mengubah apa yang bakal terjadi. Peristiwa ini bermula apabila bas mula mengambil selekoh terakhir menuju ke rumah Kasim. Mungkin sudah menjadi budaya bagi penduduk kampung tersebut, untuk menghentikan bas memerlukan lajak yang tertentu. Atau mungkin juga bas tersebut mengunakan sistem brek yang agak ketinggalan zaman. Kalau di ambil kira dari keadaan bas, faktor yang kedua itu menunjukkan bukti yang lebih nyata. Kasim tahu, untuk betul2 berhenti di depan ruamahnya, dia perlu menekan loceng sebaik sahaja kepala bas mencecah signboard besar pejabat UMNO di kampungnya. Itulah perkara yang dibuat oleh Kasim setiap kali dia menaiki bas.

No comments:

Post a Comment